bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Akta Kerajaan, Undang-Undang & Peraturan Malaysia

1.         UNDANG-UNDANG HUTAN

                a)         Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1994)

Akta ini digubal bertujuan untuk memperkukuhkan dan melicinkan objektif-objektif yang digariskan dalam dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). Ianya adalah seraam disemua negeri di semenanjung Malaysia bagi menggantikan enakmen-enakmen hutan yang telah digubal sebelum ini. Akta ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah sebagai Enakmen Perhutanan Negeri Kedah 1985 (Pindaan 1993 dan telah diwartakan pada 17 Disember 1993. Enakmen ini mula berkuatkuasa pada 4 Februari 1994.

Akta ini dipinda pada tahun 1993 selaras dengan langkah Kerajaan untuk membanteras kegiatan pembalakan haram serta bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman mengenai kesalahan hutan.

                b)        Kaedah-Kaedah Hutan 1987

                       Kaedah ini digubal sebagai panduan dan prosedur pelaksanaan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 di mana ianya berpandukan Seksyen III APN 1984 (Pindaan 1993). Kaedah ini telah diwartakan pada 17 Disember 1987 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.

c)           Akta Industri Berasaskan Kayu 1984

                         Akta ini digubal bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan mewakilkan kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengendalikan aspek-aspek industri berasaskan kayu. Akta ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 29 November, 1985 sebagai Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 dan telah diwartakan pada 31 Julai 1986. Enakmen ini berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.

d)          Kaedah-Kaedah Hutan Industri Berasaskan Kayu

                           Kaedah ini digubal sebagai panduan dan prosedur pelaksanaan Akta Industri Berasaskan kayu 1984. Kaedah ini diwartakan pada 31 Disember 1987 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1988.

                Selain dari Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan Akta Industri Berasaskan Kayu, 1987 terdapat juga undang-undang lain yang penting dan berkaitan dengan sektor perhutanan seperti berikut :-

      • Kanun Tanah Negara, 1985;
      • Kanun Keseksaan, (FMS Cap.45), 1948 (Pindaan 1993);
      • Kanun Acara Jenayah (FMS Cap.6), 1903 (Pindaan 1995);
      • Akta Keterangan, 1950 (Pindaan 1993);
      • Akta Prosedur Kewangan, 1967 (Pindaan 1993);
      • Enakmen Bekalan Air, 1935;
      • Akta Perlindungan Tanah, 1960;
      • Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972 (Pindaan 1976 & 1988);
      • Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, 1973;
      • Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 1995);
      • Akta Taman Negara, 1980 (Pindaan 1983);
      • Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia, 1985;
      • Enakmen Perlombongan, 1926;
      • Akta Kerajaan Tempatan, 1976;
      • Perlembagaan Persekutuan;
      • Akta Keterangan 1950 (Akta 56);
      • Akta Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa Tahun 2008 (Akta 686) (CITES).