bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Seminar Perhutanan Malaysia Ke-18

KUCHING, SARAWAK - 31 JULAI 2018 Satu Seminar Perhutanan Malaysia Ke-18 telah dijalankan pada 31 Julai hingga 03 Ogos 2018. Seminar selama 3 hari tersebut dijalankan dengan jayanya di Kuching, Sarawak yang melibatkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institusi Awam dan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia.

Sebanyak 24 kertas kerja telah dibentang di dalam seminar tersebut yang melibatkan ketiga-tiga rantau ini. Seminar kali ini lebih menonjolkan aspek teknologi dan digital dalam perhutanan yang mana sesuatu yang patut dibanggakan bagi memelihara dan memulihara perhutanan di Malaysia.

Seminar Perhutanan Malaysia atau MFC ini dijalankan setiap 3 tahun dengan kaedah giliran antara Jabatan Perhutanan Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Seminar ini menyediakan satu forum untuk Pemelihara Hutan di Malaysia untuk bertukar dan berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman di dalam pentadbiran, pengurusan dan pembangunan Sumber Perhutanan Negara. Sejak seminar yang pertama kali diadakan pada tahun 1966, sebanyak 17 seminar telah dijalankan. Seminar pada kali ini telah dihoskan oleh Jabatan Perhutanan Sarawak dan Sarawak Forestry Cooperation yang mana kali ke-6 dijalankan di Sarawak.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sebagai wakil JPSM juga tidak ketinggalan untuk turut serta di dalam majlis gilang-gemilang tersebut dan banyak input-input baru dapat dipelajari di dalam seminar tersebut.

DSMM 85cee7da-4847-4bea-a566-911cb3d4f036     ee40a612-7b0c-4e4d-9366-018c1414d41f