bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pameran Sempena Program Biodiversity And Biotechnology Through Your Eyes 2018 Kolej Matrikulasi Kedah

CHANGLOON 29 MAC 2018 – Program Biodiversity And Biotechnology Through Your Eyes 2018 Kolej Matrikulasi Kedah telah diadakan dengan jayanya melibatkan pelbagai agensi dari MARDI, PERHILITAN, FAMA, UiTM Perlis, PERHUTANAN dan JABATAN KESIHATAN.

Di atas jemputan tersebut, Jabatan mengambil peluang untuk mempromosi Taman Eko Rimba di Negeri Kedah dengan mengedar risalah dan poster, penggunaan DRONE dalam pemantauan aktiviti penguatkuasaan dalam Hutan Simpan serta penggunaan sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS PLUS) yang berfungsi untuk memantau aktiviti hutan secara makro dan mikro serta secara cepat dan efisien.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan sepanjang program berlangsung seperti Pertandingan Choral Speaking, Crossword puzzle, BioQuiz dan Word Scramble.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Rihdwan bin Zalay Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah bersama Pengarah MARDI Negeri Kedah.

 IMG 20180329 154101       IMG 20180329 154218 

 IMG 20180329 132305       IMG 20180329 132017