bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI INTEGRITI PERINGKAT JABATAN DAN DAERAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2018

ALOR SETAR, 29 Januari 2018 Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Integriti Peringkat Jabatan dan Daerah Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2018 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman. Majlis tersebut melibatkan Pegawai Integriti Peringkat Jabatan dan Daerah serta Pegawai - Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Selain itu, Tuan Badrulhisham Haji Sulaiman, Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) menyampaikan ucapan di majlis tersebut.Taklimat Perlaksanaan, Fungsi dan Hala Tuju Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) di sampaikan oleh Puan Zaeidah Mohamed Esa, Ketua Pengarah, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.Taklimat mengenai Laporan Berkenaan Salah Laku Penjawat Awam bagi setiap Jabatan dan Daerah Negeri Kedah Darul Aman untuk tahun 2017 oleh Tuan Haji Nadzman Mustaffa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.Pelancaran montaj Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah diadakan di majlis tersebut. Majlis Perasmian oleh YB. Dato' Paduka Haji Bakar Din, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir bersama, Tuan Syeikh Ahmad Zaki Ghazali, Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ketua - Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pegawai - Pegawai Kerajaan dan Daerah.                                                                                                           

B                              A                

 

C                               D