bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

PROGRAM OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU (NBOS) JPSM-JPN BERSAMA AGENSI LAIN

KULIM, 22 November 2017-Satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (NBOS) JPSM-JPN bersama agensi lain telah diadakan di Kompartmen 25 dan 26, Hutan Simpan Gunung Bongsu yang dinamakan Operasi Pugar. Agensi yang turut serta dalam operasi ini adalah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus Negeri Kedah, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim, Majlis Daerah Kulim, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah, dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara. Operasi ini melibatkan lebih kurang 185 orang anggota dari semua agensi yang terlibat. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di ketuai oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Salleh bin Awaluddin.
Operasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencegah dan membendung aktiviti penerokaan tanah dan pencerobohan dalam Hutan Simpanan Kekal dan lain-lain kesalahan hutan dibawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

1 400 x 265        2 400 x 265  

3 400 x 265         4 400 x 265