bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

LATIHAN KEBAKARAN DI BANGUNAN SULTAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR, 20 NOVEMBER 2017 – Program Latihan Kebakaran melibatkan semua jabatan/agensi yang beroperasi di Bangunan Sultan Abdul Halim telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba Negeri Kedah.

Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada semua kakitangan tentang bahaya kebakaran dan tatacara serta tindakan yang tepat harus diambil sekiranya terjadinya kebakaran. Disamping itu dapat memberi pendedahan dan memastikan keseluruhan warga kerja berpengetahuan dan berpengalaman dalam menghadapi kecemasan kebakaran yang sebenar.

En. Mohd Aisamuddin bin Mohd Yusof sebagai Pegawai Keselamatan untuk Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah memastikan semua kakitangan JPN Kedah selamat turun dalam sesi latihan ini. Semua kakitangan memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program latihan kebakaran pada hari ini. Sesi latihan berakhir dengan demonstrasi teknik pemadaman api dengan kaedah yang betul.   

20171120 103258

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagi gambar berkaitan artikel