bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Tahun 2017

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2016 dan menyinsingnya fajar baru tahun 2017. Sesungguhnya tahun 2016 telah menyaksi pelbagai kejayaan telah dicapai di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Tahun 2016 juga merupakan tahun penuh cabaran kerana ia merupakan fasa terakhir Rancangan Malaysia ke-10. Saya bersyukur kerana kita bukan sahaja dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai cabaran sepanjang tahun 2016 malah telah menunjukkan pencapaian prestasi perkhidmatan yang membanggakan walaupun terdapat banyak cabaran dan kekangan yang perlu ditempuhi. Saya percaya kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Saya yakin serta percaya akan kebolehan dan kepakaran warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Insya-Allah kita mampu mencernakan hala tuju tersebut.

Seperti yang telah diceritakan usaha secara komited juga diletakkan pada tahap jihad ke jalan Allah sepertimana Kaab bin Ajrah meriwayatkan,

Maka Baginda bersabda. "Jika dia keluar bekerja untuk keperluan anaknya, maka dia keluar di jalan Allah. Jika dia keluar bekerja untuk ibu bapanya yang sudah lanjut usia, maka dia di jalan Allah, jika ia bekerja untuk menyucikan dirinya, maka dia keluar di jalan Allah. Tetapi jika dia bersusaha kerana riak dan untuk bangga diri, dia berada di jalan syaitan."

(HadisriwayatTabarani)

Adalah diharapkan tahun 2017, semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan sentiasa berdisplin, berganding bahu dan bersatu hati melangkah sederap dengan semangat berpasukan yang tinggi untuk meraih kejayaan. Marilah kita bermuhasabah, baiki segala kesilapan yang lalu serta jadikan ia sempadan. Ambillah kejayaan itu sebagai panduan menghadapi tahun 2017. Dan melestarikan kejayaan itu sebagai panduan masa akan datang. Semoga perancangan dan usaha kita akan diberkati Allah.

Tiada jalan mudah, semua cabaran ini harus dihadapi dengan dada yang lapang dan minda yang terbuka. Oleh itu kita harus mendahulukan Misi, Visi, Objektif jabatan, berbanding kepentingan peribadi.

Marilah kita memasuki tahun baru 2017 dengan penuh tawadhuk dan insaf. Kita mestilah berazam dan bertekad untuk menjadi insan, khususnya warga kerja, yang berjaya dan mulia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukim akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

(Taubah, ayat 105)

Jadilah kita golongan Muflihuun ( ٱلۡمُفۡلِحُونَ ) iaitu orang-orang yang benar-benar berjaya di sisiNYA.

Akhir kata,

Semoga semangat bekerja sepasukan, kegigihan dan keikhlasan kita semua dalam memenuhi amanah dan tuntutan kepada agama, bangsa dan negara akan terus diberkati dan mencapai matlamat yang dihasratkan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017

Wabillahit tawfiq wal hidayah wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

 

"Hutan Kesejahteraan Masyarakat"

 

saign pengarah
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah

(MOHD NASIR BIN HJ ABU HASSAN.,BCN.,AMK.,AMP.,ASK)