bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Dasar Kitar Semula

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengambil serius amalan kitar semula terutamanya bahan buangan bukan organik seperti minyak hitam, minyak brek, tayar terpakai, bekas tadahan minyak dan lain-lain. Amalan kitar semula bahan-bahan di atas adalah untuk menjaga alam sekitar dan hutan Negara kita. Para pemegang konsesi pembalakan adalah diminta untuk mematuhi dasar ini sebaik mungkin. 

Pemeriksaan secara berkala atau mengejut akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk melihat samada para pemegang konsesi mematuhi dasar dan arahan jabatan ini. Pemegang konsesi yang gagal untuk melaksanakan kitar semula akan disenarai hitamkan dari sebarang kawasan pembalakan pada masa hadapan. 

Kitar Semula. Bersamalah menjaga alam sekitar.