bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Profil Jabatan

{gspeech style=1 language=en}

Misi

Untuk menguruskan dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. 

Visi

Untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. 

Objektif

Sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang menjurus ke arah wawasan dan misi diperingkat negara, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menetapkan objektif seperti berikut: 

  • Untuk menguruskan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran hasil yang berkekalan dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum dan bersesuaian dengan keperluan alam sekitar. 

  • Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan. 

  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan. 

  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air, tanah dan penggunaannya secara berkekalan.

  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemerosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.

  • Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.

  • Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat. 

  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan Negeri, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

{/gspeech}