bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Ringkasan Eksekutif

Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Kedah Tahun 2006 - 2015

Rancangan Pengurusan Hutan (RPH 2006 - 2015) merupakan satu panduan dalam perancangan program pengurusan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang akan dilaksanakan oleh oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bagi tempoh 10 tahun dengan mengambilkira pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, kepelbagaian biologi serta kepentingan sosio-ekoncmi negeri. HSK berperanaan dalam mengekal kestabilan alam sekitar dan perlindungan kepelbagaian biologi disamping menjadi punca utama sumber air untuk pertanian, industri dan kegunaan domestik. HSK turut menyumbang kepada sosio-ekonomi negeri dengan bekalan bahan mentah untuk industri perkayuan, menyediakan peluang pekerjaan, menjana hasil dan memenuhi keperluan beriadah kepada masyarakat umum.

Matlamat dan strategi penyediaan RPH 2006 - 2015 adalah untuk memastikan keberkekalan HSK bagi menjamin peranannya berkekalan. Dasar Pengurusan Hutan telah berkembang dan pada masa kini sistem pengurusan yang diamalkan ialah Sistem Pengurusan Hutan Secara Memilih (Selective Management System, SMS) selaras dan bersesuaian dengan keperluan teknikal dan perubahan kawasan hutan pengusahasilan dari kawasan pamah ke kawasan berbukit. Disamping itu, RPH 2006 - 2015 ini juga menekan aspek pemuliharaan kepelbagaian biologi dengan penubuhan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forest), pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air dan kawasan-kawasan eko-pelancongan.

Pengawalan berkala secara sistematik dan berkesan akan dilaksanakan ke atas semua aktiviti yang dirancang manakala penilaian dengan pendekatan standard Malaysia Criteria and Indicator (MC&I) 2002 dan MS ISO 9001:2008 JPSM akan dijalankan dari masa ke semasa. RPH 2006 - 2015 ini juga akan dikaji semula pada pertengahan penggal pelaksanaannya supaya sesuai mengikut dasar semasa