bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Produktiviti Dan Kecekapan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah adalah Jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan khazanah hutan Negeri Kedah untuk keberhasilan yang optimum dalam masa yang sama dapat memelihara kepelbagian biologi hutan. Pengurusan utama adalah melibatkan pengusahasilan hutan secara impak rendah ataupun ‘Reduce Impact Logging (RIL)’. Pengusahasilan kawasan hutan merangkumi aktiviti pembalakan di kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpan Kekal, Tanah Kerajaan dan juga Tanah Beri Milik. Pengeluaran lesen pengusahasilan merupakan petunjuk prestasi ataupun produktiviti jabatan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan Kerajaan Negeri. Dalam tahun 2013, sejumlah 34 lesen telah dikeluarkan meliputi kawasan seluas 3,825 hektar telah di usahakan di dalam Hutan Simpan Kekal telah melebihi sasaran pengeluaran sebanyak 2,850 setahun. Produktiviti dan kecekapan pengurusan Jabatan dalam pengusahasilan telah meningkat sebanyak 975 hektar ataupun 34.2 peratus. Jadual dibawah menunjukkan keluasan kawasan pengusahasilan pada tahun 2013.

Pada tahun 2014 proses perlesenan adalah sebanyak 37 lesen iaitu seluas 3281 hektar sehingga bulan Disember. Pencapaian produktiviti adalah sebanyak 115 peratus jika dibandingkan dengan sasaran Catuan Tebangan Tahunan sebanyak 2850 hektar setahun.  

Pada tahun 2015 proses perlesenan adalah sebanyak 15 lesen iaitu seluas 1082.7 hektar sehingga bulan Julai. Pencapaian produktiviti adalah sebanyak 37.9 peratus jika dibandingkan dengan sasaran Catuan Tebangan Tahunan sebanyak 2850 hektar setahun.