bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pengusahasilan

Pengusahasilan hutan merupakan aktiviti mengambil dan mengeluarkan hasil hutan yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan sosio-ekonomi. Pengusahasilan dalam Hutan Simpanan Kekal merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan mengikut sistem Pengurusan Hutan yang terbaik dengan menebang dan mengeluarkan kayu-kayu yang cukup saiz dan matang bagi keperluan industri berasaskan kayu. Pengusahasilan ini dilaksanakan secara sistem tebangan memilih dengan meninggalkan dirian yang mencukupi di pusingan berikutnya selaras dengan pengusahasilan yang ekonomik bagi menjamin pengekalan sumber hutan dan kestabilan alam sekitar.

Teknik-teknik yang digunakan di dalam aktiviti pengusahasilan ialah teknik tebangan berarah dan antara peralatan yang digunakan ialah :

    1. Gergaji Berantai
    2. Pelindung Telinga
    3. Topi Keselamatan
    4. Pelindung Muka
    5. Sarung Tangan
    6. Kasut Keselamatan
    7. Jaket Keselamatan