bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Impak Sosial, Alam Sekitar & Ekonomi

Beberapa ciri penting sosio-ekonomi Negeri Kedah dibincangkan untuk menggambarkan status sosio-ekonomi secara umum.  Ini termasuklah penduduk dan taburan penduduk bandar dan luar bandar, Keluaran Dalam Negeri Kasar, guna tenaga, perindustrian, rekreasi dan pendapatan isi rumah.  Ciri-ciri sosio-ekonomi ini memberi kesan langsung ke atas pengurusan sumber hutan di Negeri Kedah.  Jumlah penduduk di Negeri Kedah bagi tahun 1970 hingga tahun 2020 ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jumlah Dan Anggaran Penduduk Di Negeri Kedah

Negeri

Tahun

1970

('000)

1980

('000)

1990

('000)

20001

('000)

20201

('000)

Kedah

989.5

1 120.6

1 344.6

1 660

2 358

Malaysia

10 770

13 879.4

17 925.6

22 660

32 000

Peratus Penduduk Kedah Dari Malaysia

9.2

8.1

7.5

7.3

7.4

            1Anggaran 

Dianggarkan penduduk di Negeri Kedah akan meningkat kepada 1.66 juta orang dalam tahun 2000 dan 2.4 juta orang dalam tahun 2020.  Purata peratus pertambahan penduduk setahun ialah 2.3 peratus. Jumlah penduduk Negeri Kedah merupakan 7.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia dalam tahun 1990.  Keadaan ini akan berkekalan sehingga ke tahun 2020 walaupun terdapat sedikit penurunan.

Taburan penduduk di Negeri Kedah tertumpu di luar bandar.  Dalam tahun 1980, jumlah penduduk luar bandar ialah sebanyak 86.6 peratus.  Walau bagaimanapun, perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan pertambahan pembangunan perbandaran.  Secara tidak langsung penduduk di bandar telah meningkat.  Peratus penduduk  bandar telah meningkat pada masa akan datang dalam tahun 1991 (32.5 peratus) berbanding tahun 1980 (14.4 peratus). Peratus penduduk bandar dijangka meningkat dengan bertambahnya kegiatan pembangunan ekonomi dan ini secara tidak langsung meningkatkan pembangunan perbandaran di Negeri Kedah.  Taburan penduduk mengikut daerah dan bandar dengan luar bandar ditunjukkan dalam Jadual 2

Jadual 2:         Jumlah dan Unjuran Penduduk  

Daerah

Bandar

Tahun

Peratus pertumbuhan

tahunan

1980 - 2000

 

1980

2000

 
 

Baling

Luar bandar

115 000

120 000

0.2

 

Bandar Baharu

Luar bandar

34 000

34 000

1

 

Kota Setar

Alor Setar

76 000

100 000

1.4

 

Luar bandar

228 000

290 000

1.2

 

Kuala Muda

Sg. Petani

49 000

79 000

2.4

 

Tikam Batu

4 000

14 000

6.5

 

Luar bandar

156 000

186 000

0.9

 

Kubang Pasu

Jitra

15 000

41 000

5.2

 

Luar bandar

125 000

129 000

0.2

 

Kulim

Kulim

29 000

54 000

3.2

 

Luar bandar

73 000

73 000

1

 

Langkawi

Luar bandar

31 000

38 000

1

 

Padang Terap

Luar bandar

45 000

61 000

1.5

 

Sik

Luar bandar

47 000

53 000

0.6

 

Yan

Guar Chempedak

9 000

15 000

2.6

 

Yan

61 000

13 000

3.9

 

Luar bandar

49 000

50 000

0.1

 

Pendang

Luar bandar

82 000

91 000

0.5

 

Sumber : JICA (1982)

       

Pertambahan penduduk akan memberi kesan secara langsung kepada permintaan barangan dan perkhidmatan hutan.  Ini termasuk permintaan ke atas sumber kayu, sumber air, rekreasi, alam sekitar dan barangan bukan kayu seperti rotan dan buluh.

Jadual 3 menunjukkan Keluaran  Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Negeri Kedah dalam tahun 1996-2005.  Daripada jadual tersebut didapati KDNK dalam tahun 1996 ialah RM 5618 juta.  Prestasi ini menggalakkan memandangkan peratus pertumbuhan ekonomi dalam tempoh 1996 – 2005 adalah tinggi, berbanding dalam tempoh 1990-1995. Sumbangan terbesar ke atas KDNK Negeri Kedah ialah daripada tiga sektor utama iaitu perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.  Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada KDNK Negeri Kedah dalam tahun 2005, iaitu sebanyak 39.3 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah telah berkembang sebanyak 9.85 peratus dalam tempoh 1996-2005.  Peratus pertumbuhan ekonomi adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi nasional.  Prestasi ekonomi yang menggalakkan akan memberi kesan secara langsung ke atas pembangunan perhutanan di Negeri Kedah dari segi pengeluaran balak dan pemprosesan hasil kayu,  terutamanya kayu gergaji, papan lapis dan perabot.

Jadual 3  KDNK Dan Guna Tenaga 

Sektor

Tahun

Kadar Pertumbuhan

(peratus)

 

1980

1985

1990

1995

 

1980 - 1985

1985 - 1990

1990 - 1995

 

Pertanian

1 131

1 069

1 272

1 284.3

(1.1)

3.5

0.9

 

Perlombongan dan kuari

17

21

5

13.2

4.3

(28.7)

21.43

 

Pembuatan

181

340

759

1 839.4

13.4

17.4

19.37

 

Pembinaan

70

97

110

246.2

6.7

2.5

17.48

 

Utiliti

27

31

67

120.7

2.8

16.7

12.49

 

Perkhidmatan

801

961

1 405

2 268.7

3.7

7.9

10.06

 

Jumlah Nilai Tambah

2 227

2 519

3 618

5 772.5

2.5

7.5

9.79

 

KDNK pada nilai belian

2 284

2 541

3 513

5 618.0

2.1

7

9.85

 

Populasi ('000)

1 121

1 215

1 345

1 482.1

1.6

2.1

1.96

 

KDNK Per Kapita (RM)

2 038

2 092

2 612

3 791.0

5

4.8

7.73

 

Nisbah purata Malaysia

0.64

0.58

0.6

0.65

       

Guna tenaga ('000)

366.7

413.7

458.5

529.6

2.4

2.2

2.93

 

KDNK/Pekerja (RM)

6 073

6 089

7 662

10 608.0

(0.05)

5.1

6.72

 

Sumber: KDAP, 1991-2000

Salah satu faktor penting yang mempengaruhi pembangunan sektor perhutanan di Negeri Kedah ialah tahap pendapatan penduduk atau pendapatan per kapita.  Pendapatan per kapita tahun 1995 adalah sebanyak RM 3 791 seorang.  Adalah dijangkakan pendapatan per kapita akan meningkat pada masa akan datang.  Dengan peningkatan pendapatan per kapita, penggunaan barangan berasaskan kayu dan permintaan ke atas rekreasi, air, hutan bandar, pelancongan, barangan bukan kayu seperti buluh dan rotan akan juga turut meningkat.  Dalam tempoh rancangan, faktor-faktor ini akan diambil kira dan dipertimbangkan.

Jadual 4 menunjukkan pecahan guna tenaga bagi Negeri Kedah dan Malaysia dalam tahun 1990 dan 1993.  Empat sektor utama dalam mewujudkan guna tenaga ialah pertanian, perkhidmatan, perniagaan runcit dan pembuatan. Sektor pertanian merupakan sektor terpenting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbangkan kira-kira 217 000 peluang pekerjaan kepada penduduk Negeri Kedah dalam tahun 1993. 

Jadual 4          Guna Tenaga Mengikut Sektor Pada 1990 Dan 1993

Sektor

Kedah

Malaysia

1990

('000)

1993

('000)

1990

('000)

1993

('000)

Pertanian

218.2

217

1 738

1 580.0

Perlombongan dan kuari

0.6

0.5

37

35.0

Pembuatan

61.4

77.5

1 333

1 766.0

Pembinaan

18.3

21.5

424

550.0

Utiliti

1.7

2

47

48.0

Pengangkutan, Simpanan dan Komunikasi

13.4

15.3

302

342.0

Perniagaan runcit, restoran, kewangan,

71.4

81.7

1 218

1 292.0

Kewangan hartanah, perkhidmatan perniagaan, dll

6

6.9

258

315.0

Kerajaan dan lain-lain perkhidmatan

72

82.3

1 329

1 082.0

Jumlah

463

505

6 686

7 410.0

Tenaga buruh

497

526

7 042.2

7 640

Pengangguran

34

21

356.2

229.7

Peratus pengangguran

6.8

4

5.01

3

Sumber : UPEN

Bilangan guna tenaga bagi sektor perhutanan dalam tahun 1995 ialah 3 514 orang.  Guna tenaga dalam sektor perhutanan di Negeri Kedah menunjukkan peningkatan sebanyak 1 113 orang berbanding pada tahun 1993.  Peningkatan ini adalah di sebabkan oleh pertambahan bilangan pekerjaan dalam industri kayu kumai.  Bilangan pekerja dalam sektor perhutanan dari tahun 1993 -1995  seperti ditunjukkan dalam Jadual 5

Jadual 5       Pekerja Dalam Sektor Perhutanan

Industri

Bilangan Pekerja

2003

2004

2005

Kilang Papan

490

521

483

Papan lapis/venir

293

293

296

Kayu kumai

0

0

1 629

Pembalakan

1 200

763

708

Sektor awam1

418

398

398

Jumlah

2 401

2 975

3 514

Semenanjung Malaysia

72 138

67 964

63 865

1 Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah