bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Laporan Analisis Petak Kajian Tumbesaran Negeri Kedah

RINGKASAN PETAK KAJIAN TUMBESARAN DI HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK)

Petak Kajian Tumbesaran di Hutan Simpanan Kekal (HSK) ini mula ditubuhkan pada tahun 1992 dengan tujuan untuk menilai keupayaan pemulihan dan potensi pengeluaran hutan yang telah menjalani pengusahasilan. Kajian ini merangkumi maklumat stok dirian, luas pangkal dan isipadu pokok sehektar; purata pertumbuhan diameter pokok tahunan; purata pertumbuhan luas pangkal dan isipadu pokok tahunan sehektar serta peratus kematian dan penokokan pokok tahunan. Sejumlah 96 Petak Kajian Tumbesaran telah ditubuhkan melibatkan negeri Johor (12 petak), Kedah (9 petak), Kelantan (9 petak), Melaka (3 petak), Negeri Sembilan (6 petak), Pahang (18 petak), Perak (15 petak), Perlis (3 petak), Pulau Pinang (3 petak), Selangor (9 petak) dan Terengganu (9 petak). Reka bentuk Petak Kajian Tumbesaran ini adalah berdasarkan reka bentuk bancian sebelum dan selepas tebangan yang digunapakai oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Setiap Petak Kajian Tumbesaran bersaiz 100m x 100m yang mengandungi 25 petak kuadrat bersaiz 20m x 20m dan sembilan (9) sub kuadrat bersaiz 10m x 10m. Data bancian dianalisis dengan menggunakan Growth Plot Data Analysis Programme yang telah dibangunkan oleh pihak German Agency for Technical Cooperation (GTZ).

Secara keseluruhannya, pertumbuhan diameter pokok tahunan yang berukuran 30 cm dpd dan ke atas adalah sebanyak 0.47 cm/tahun. Pertumbuhan diameter pokok tahunan tertinggi dicatatkan oleh Dipterokarpa iaitu dengan jumlah sebanyak 0.57 cm/tahun dan Bukan Dipterokarpa sebanyak 0.42 cm/tahun. Manakala pertumbuhan diameter pokok tahunan bagi Spesies-spesies Lain Tidak Berpasaran adalah sebanyak 0.41 cm/tahun.