bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Ringkasan (IHN-5)

 

 

Hutan di Semenanjung Malaysia tergolong dari jenis hutan hujan tropika yang kaya dengan khazanah hutan.Ekosistem bagi kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah di antara yang tertua di dunia.Pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia di bawah didang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) masing-masing,manakala Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab dalam menrumuskan polisi dan khidmat nasihat serta bantuan teknikal kepada (JPN) dalam menguruskan sumber hutan dengan sempurnya mengikut konsep pengurusan hutan secara berkekalan.

            Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5) telah dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2013.Dalam Laporan Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5) ia merangkumi perkara seperti Reka Bentuk Iventori,Maklumat Bancian,Penstrataan dan Penyediaan Peta Strata Hutan,Persampelan,Pemprosesan Data Inventori,Keputusan Inventori,Keputusan Inventori Peringkat Negeri,Perbincangan,Kos Inventori.Satu Bengkel Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5) telah diadakan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan makluman balas daripada pelbagai angensi dan jabatan terhadap kaedah inventori yang sesuai dari segi reka bentuk,kepadatan,populasi data asas lain yang diperlukan.Tujuan Inventori Hutan Nasional Kelima dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif-objektif seperti menyediakan maklumat sumber hutan terkini bagi tujuan perancangan dan pengurusan hutan,maklumat pokok,bilangan tumbuhan dan hidupan liar,maklumat kandungan isipadu pokok dirian hutan mengikuti strata hutan,diameter,spesies dan kumpulan spesies,menilai anggara kandungan stok karbon berasaskan kepada maklumat inventori pokok,maklumat tambahan berhubungan dengan sumber  dan pertumbuhan hutan peringkat nasional,maklumat tambahan dalam mekanisma kawalan pengurusan hutan secara berkekalan di peringkat nasional.

            Laporan ini dapat membantu jabatan serta agensi-agensi yang berkaitan dalam menguruskan hutan di Semenanjung Malaysia tetapi ia hanya meliputi Hutan Darat Asli dan Hutan Paya Gambut di Semenanjung Malaysia sahaja.