bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pengenalan

Pemuliharaan kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi (High Conservation Value Forest : HCVF) adalah konsep yang diperkenalkan oleh Forest Stewardship Council (FSC) pada tahun 1999 untuk dimasukkan dalam pematuhan pensijilan pengurusan hutan. Pihak FSC mentakrifkan HCVF sebagai kawasan hutan yang mengandungi nilai-nilai berikut:

HCV1 : Kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai biodiversiti yang signifikans pada peringkat global, serantau dan nasional (misalnya endisme, spesies terancam, refugia);

HCV2: Kawasan hutan pada skala landskap yang besar yang terkandung di dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, di mana populasi yang berdaya maju (viable) dari kebanyakan, jika kesemua spesies yang hidup secara semulajadi di dapati wujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya;

HCV3: Kawasan hutan yang berada di dalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau berkeadaan bahaya;

HCV4: Kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam situasi kritikal (misalnya: perlindungan tadahan air, kawalan banjir);

HCV5: Kawasan hutan yang penting dalam membekalkan keperluan asasi komuniti tempatan (contohnya sara hidup, kesihatan) ; dan

HCV6: Kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti berkenaan sebagai mempunyai signifikans budaya, ekologi, ekonomi atau keagamaan kepada mereka).

Pihak Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah menerimapakai takrifan HCVF di atas dalam proses menggubal standard MC&I (2002) untuk proses pensijilan perhutanan Malaysia. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) telah mengambil tindakan dan memasukkannya di dalam Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Kedah (2006-2015) ini bagi merumuskan pelan tindakan dalam menguruskan sumber-sumber hutan ini terutamanya kawasan-kawasan yang mengandungi tahap endemisma yang tinggi dan ekosistem yang unik.

Pihak JPNK telah mengambil langkah positif dalam merangka pelan tindakan untuk membentuk garispanduan dan pemantauan yang bersesuian dan perlu diambilkira bagi menjadikan HCVF lebih berfungsi di mana kewujudannya akan memberi lebih banyak faedah kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.