bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pengenalan

1.0    PENGENALAN

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah berfungsi sebagai satu jabatan prosefesional dan teknikal yang menguruskan dan memberikan nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri di dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan hutan. Secara khususnya fungsi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ialah:-

  1. Melaksanakan amanah Pihak Berkuasa Negeri dalam mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri dengan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan supaya dapat memberi faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar yang bersih kepada rakyat.

  2.  Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasa undang-undang dan peraturan-peraturan perhutanan.

  3.  Bertindak sebagai agensi yang melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan penghutanan semula melalui amalan silvikultur yang sempurna supaya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

Dalam organisasi ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah dibahagikan kepada Unit-unit yang mempunyai fungsi khusus masing-masing seperti berikut:-

1.1    Unit Operasi dan Penguatkuasaan

  • Menjalankan penguatkuasaan undang-undang hutan sepertimana yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 serta Kaedah-kaedah dan peraturan berkaitan.

  • Menyediakan kertas siasatan yang berkaitan dengan kesalahan hutan dan menjalankan pendakwaan di mahkamah sekiranya perlu berbuat demikian.

  • Menjalankan kerja-kerja risikan terhadap kesalahan dan penerokaan kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal.

1.2    Unit Perancangan dan Pengurusan Hutan

  • Menyediakan laporan bulanan/ suku tahunan/ tahunan di bawah Program Pembangunan Hutan dan mengkaji keberkesanan kos projek-projek yang telah dilaksanakan.

  • Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan Pembangunan Hutan berasaskan program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.

  • Menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan serta memantau pelaksanan Program Pembangunan Hutan dam RTRT selaras dengan kehendak KUP tahunan yang diluluskan.

  • Menyediakan laporanTahunan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan kertas-kertas kerja yang diperlukan oleh jabatan.


1.3    Unit Perindustrian dan Pengusahasilan Hutan

  • Menyediakan dokumen-dokumen pelesenan berkaitan dengan Pengusahasilan Hasil Hutan dan Industri Berasaskan (Hutan Kayu) serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan supaya selaras dengan keperluan Dasar Perhutanan Negara.
  • Memantau pelaksanaan MC&I (Hutan Asli) dan MS ISO 9001:2008 JPSM supaya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mencapai tahap yang dikehendaki.


1.4    Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan

  • Melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti Ladang Hutan dan membaikbiak pokok serta kegiatan tapak semaian dan petak-petak kajian dan penyelidikan.

  • Menjalankan dan memantau projek-projek Inventori Post F dan rawatan Silvikultur.

  • Menyediakan anggaran Belanjawan Tahunan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH), berasaskan Program Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.

  • Menjalankan dan memantau projek-projek khusus sepertii HutanTani, VJR, Arboretum Kepelbagaian Bio-D, Fenologi dan EIA.

1.5    Unit Hutan Lipur

  • Merancang, melaksanakan dan memantau projek-projek hutan lipur yang terdapat di negeri Kedah selaras dengan kehendak dan keperluan Kerajaan Negeri Kedah.
  • Merancang, melaksanakan dan memantau projek-projek Eko-pelancongan dan hutan masyarakat yang terdapat di Negeri Kedah selaras dengan keperluan Kerajaan Negeri Kedah.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan publisiti dan pengembangan seperti Muzium Perhutanan dan Pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
  • Menganjurkan aktiviti rekreasi, ekspedisi dan ceramah perhutanan secara tetap dan berkala.
  • Mencetak dan menerbitkan risalah dan buletin perhutanan untuk edaran umum.
  • Memantau projek Hutan Bandar.


1.6    Unit Pentadbiran Am dan Kewangan

  • Melaksanakan urusan berkaiatan pentadbiran am jabatan seperti perkhidmatan perjawatan, tindakan tatatertib dan kerjaya kakitangan.

  • Melaksanakan urusan berkaitan kewangan Jabatan seperti gaji dan elaun, anggaran mengurus tahunan, pembelian dan perkhidmatan, setor serta audit dalaman.