bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pembangunan Hutan

Sempadan Hutan Simpan 

Penyelenggaraan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan oleh pihak jabatan mengikut daerah pentadbiran hutan. Bagi tahun 2014, sepanjang 213 km telah dibuat penyelenggaraan bagi kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Hutan Simpan Koh Moi dan juga Hutan Simpan Padang Terap. 

Inventori Hutan Sebelum Tebangan 

Bagi perlaksanaan Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), sejumlah lapan (8) kawasan telah dilaksanakan Inventori Hutan Sebelum Tebangan ( Pre-F ) dalam tahun 2014 yang meliputi seluas 2,230 hektar yang meliputi ketiga-tiga daerah pentadbiran hutan. 

Penandaan Pokok 

Sejumlah lapan ( 8 ) kawasan telah dilaksanakan Penandaan Pokok dalam tahun 2014 yang meliputi seluas 1,860 hektar dan bagi tahun 2013 pula seluas 1,719.5 hektar dalam lima ( 5 ) kawasan telah dijalankan Penandaan Pokok. 

Kawasan Penghasilan 

1. Hutan Darat

Kawasan pembalakan di dalam Hutan Simpanan Kekal yang masih berkuatkuasa adalah sebanyak lapan (8) kawasan yang meliputi keluasan 2,340 ha.

2. Hutan Paya laut

Rancangan Kerja Hutan bagi Hutan Paya Laut sedang disediakan dengan kerjasama Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia selaku Juruperunding. Pengusahasilan Hutan Paya Laut adalah bertujuan untuk membekalkan bahan mentah untuk industri pembuatan arang kayu bakau dan bahan cerucuk binaan. Kaedah pengusahasilan yang dijalankan adalah berkonsepkan penebangan secara jalur (strip) yang bertujuan untuk;

  • Mengekalkan kepelbagaian-bio dalam Hutan Paya Laut,

  • Meningkatkan keupayaan pemulihan ke atas dirian selepas pengusahasilan, dan

  • Mengurangkan kesan negatif ke atas hidupan di dalam ekosistem Hutan Paya Laut.

Sehingga tahun 2014 juga tiada pengusahasilan dijalankan di Hutan Paya Laut. 

3. Rotan

Sehingga tahun 2014, sebanyak empat (4) kawasan dengan jumlah keluasan 1,230 hektar telahpun dilesenkan. Pengusahasilan rotan dilaksanakan bertujuan untuk membekalkan sumber rotan kepada industri perabot yang terdapat di negeri ini. 

Inventori Hutan Selepas Tebangan

Sejumlah 9 kawasan telah dilaksanakan Inventori Hutan Selepas Tebangan ( Post F ) dalam tahun 2014 yang meliputi kawasan seluas 2,100 hektar dan bagi tahun 2013 pula seluas 1,895 hektar  kawasan telah berjaya dijalankan bancian Post-F. 

Memotong Akar / Pepanjat ( CL )

Sehingga tahun 2014, tiada aktiviti Memotong Akar / Pepanjat ( CL ) di lakukan.  

Ladang Hutan

Ladang Hutan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah adalah tertumpu kepada tanaman pokok Jati di samping beberapa spesies lain seperti Sentang, Acacia mangium, Pine dan Getah. Secara keseluruhannya sejumlah 3,100 hektar telah berjaya ditubuhkan. 

Tanaman Mengaya

Aktiviti tanaman mengaya telahpun dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada tahun 2014 seluas 30 hektar di H.S. Rimba Teloi dan pada tahun 2014 seluas 28 hektar telah dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang.