bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pengenalan

Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia.  Ianya juga satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun wujud lebih dari berjuta-juta tahun.  Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesis pokok, 200 spesis mamalia, 600 spesis burung, 110 spesis ular, 80 spesis cicak dan beribu-ribu spesies serangga. 

Adalah dianggarkan sejumlah 890 psesies dari 2,500 spesies pokok tersebut boleh mencapai saiz yang layak diusahasil iaitu 45 sm diameter paras dada. Daripada 890 spesies ini, sejulah 408 spesies kayu yang telah diperkenalkan dan diiktiraf di pasaran antarabangsa.

Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 dan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk mewujudkan suatu kawasan yang mencukupi dan strategik bagi tujuan rekreasi, eco-tourism dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan.

Hutan lipur merupakan satu produk yang berpotensi tinggi ke arah memajukan sektor pelancongan, khususnya di Negeri Kedah. Bagi memastikan hutan lipur terus menyumbangkan peranannya untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat serta sebagai satu produk pelancongan yang penting di negeri dan negara ini, pelbagai usaha membangunkannya terus ditingkatkan.

Sehingga kini terdapat 19 kawasan hutan lipur telah dibangunkan di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Daripada kawasan tersebut, kawasan daripada hutan lipur ini mempunyai air terjun yang sangat menarik untuk dihayati oleh para pengunjung. Secara keseluruhan, hutan lipur ini telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan sebahagian daripadanya juga dibangunkan oleh pihak lain seperti Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah, Majlis Daerah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan swasta. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur disediakan untuk keselesaan pengunjung menikmati keindahan dan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah, pendidikan dan penyelidikan. Pembangunan dirancang sebegitu rupa tanpa menjejaskan keadaan semulajadi untuk menjadikan kawasan hutan lipur ini suatu tempat yang menarik dan perlu dikunjungi.

Pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan di hutan lipur seperti bersiar-siar, berkelah, mandi-manda, trekking, mendaki, berkhemah, jogging, berkayak, aktiviti berkumpulan, sukaneka, orienteering, memancing, bersukan dan menikmati keindahan panorama alam semulajadi.