bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Program Pembersihan Sungai Bersama Komuniti Pesisiran Sungai Anak Bukit

{gspeech style=1 language=en}

ALOR SETAR, 16 NOVEMBER 2014- Program Pembersihan Sungai Bersama Komuniti Pesisiran Sungai Anak Bukit telah dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah dengan jayanya yang melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pelajaran, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kesihatan, Lembaga Sumber Air, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Ukur & Pemetaan, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Pengairan & Saliran serta Jabatan Perhilitan.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah juga tidak ketinggalan turut serta dalam menjayakan pameran dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Agensi-agensi yang lain. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang acara berlangsung adalah gotong-royong, pemeriksaan kualiti air sungai dan peraduan mewarna yang melibatkan sekolah-sekolah persekitaran Bandaraya Alor Setar. Y.B Encik Badrul Hisham bin Hashim, Exco Alam Sekitar sudi hadir bagi merasmikan majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

  

  

  

{/gspeech}