bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Tahun 2014

01 NOVEMBER 2014, JITRA - Minggu Alam Sekitar Malaysia disambut setiap tahun bagi menyemai dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. Negeri Kedah sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan 2014 yg diadakan di Tasik Darulaman, Jitra dengan tema “Ya ! Teruskan Gaya Hidup Lestari”.

Minggu Alam Sekitar Malaysia ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Pelbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjurnya iaitu Jabatan Alam Sekitar. Antara aktivitinya ialah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memancing, Enviro-Walk, Karaoke, Debat Alam Sekitar, Pameran dan Cabutan Bertuah.

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan turut serta dalam program tersebut dengan mempromosi dan mengedar brochure hutan-hutan lipur yang terdapat di Negeri Kedah dan Taman Rimba Eko-Park, Bukit Nenas, Kuala Lumpur kepada orang ramai yang berkunjung ke booth pameran.

Pelbagai Jabatan dan Agensi lain juga turut serta seperti JUPEM, FRIM, NAHRIM, INSTUN, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhilitan, Environment Idaman, Bank Rakyat Cawangan Jitra dan  UiTM.