bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pameran Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2014

ALOR SETAR, 21 – 25 OKTOBER 2014 – Pameran Hari Peladang, Perternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2014 telah diadakan bertempat di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program tersebut bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Pameran telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Seri Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir selaku Menteri Besar Kedah. Perasmian bermula pada pukul 10 pagi pada 21 Oktober 2014. Lawatan Diraja telah di adakan pada hari ketiga pameran dijalankan iaitu pada  23 Oktober 2014. Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu mengedar risalah- risalah hutan lipur serta penerangan berkenaan fungsi dan unit-unit dalam Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

Pameran ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan semua pengunjung betapa pentingnya peladang, penternak dan nelayan kepada kestabilan ekonomi sesebuah negeri.