bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pameran Pokok/Tumbuhan Dari Hutan Sempena Kem Kesihatan Dan Hari Kantin Sekolah Menengah Taman Selasih

KULIM, 18 OKTOBER 2014 – Panel Penasihat Kesihatan, Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih, Kulim telah menjemput Jabatan Perhutanan Negeri Kedah untuk mengadakan pameran berkaitan dengan pokok/tumbuhan daripada hutan. 

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah tidak ketinggalan mempamerkan pelbagai spesies pokok hutan seperti Meranti Tembaga, Meranti Sarang Punai, Merawan Siput Jantan, Tongkat Ali, Karas, Kapur, Nyatoh dan lain-lain spesies. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dikalangan pelajar khususnya.

Pelbagai aktiviti telah diaturkan oleh pihak Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim secara percuma antaranya Pemeriksaan Kesihatan, Katarak Mata, Pap Smear, Mamogram, Pemeriksaan Gigi dan Kempen Kesedaran Ikrar Pendermaan Organ untuk pelajar dan waris yang berkunjung ke sekolah tersebut.

Pameran tersebut juga disertai oleh agensi-agensi lain antaranya seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Kawalan Wabak Penyakit (Denggi) dan Lembaga Penduduk & Pembagunan Keluarga Negara (LPPKN).