bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pameran Buluh Sempena World Bamboo Day

ALOR SETAR, 29-30 SEPTEMBER 2014 –Hari Buluh Sedunia adalah sambutan yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran buluh di peringkat global. Buluh yang umumnya telah tumbuh secara semulajadi, telah menjadi elemen setiap hari, namun penggunaannya tidak selalunya berkekalan kerana eksploitasi. Pertubuhan Buluh Dunia bertujuan untuk membawa potensi buluh kepada pendedahan yang lebih tinggi  iaitu untuk melindungi sumber asli dan alam sekitar, untuk memastikan penggunaan yang berterusan, untuk menggalakkan penanaman baru buluh untuk industri-industri baru di kawasan-kawasan di seluruh dunia, dan juga menggalakkan tradisi menggunakan produk tempatan untuk pembangunan ekonomi masyarakat.

 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah turut menyertai Pameran Buluh sempena World Bamboo Day (Hari Buluh Sedunia) pada 29 hingga 30 September 2014 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman.Berkonsepkan buluh dan produk buluh, setiap booth pameran agensi-agensi dibina menggunakan pelbagai spesies buluh. 

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah juga tidak ketinggalan mempamerkan pelbagai spesies buluh terutamanya spesies yang terdapat di Malaysia. Antara spesies yang dipamerkan adalah buluh betong, buluh beting, buluh semeliang, buluh kuning serta buluh madu. Dipamerkan juga pelbagai kraftangan yang dibuat orang kampung seperti bubu, serkap ayam dan lain-lain.

Tetamu Kehormat di Majlis Perasmian World Bamboo Day, YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah sempat meluangkan masa untuk melawat booth Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bagi mengenali lebih dekat lagi antara spesies-spesies buluh yang terdapat di Malaysia umumnya.

Pameran tersebut juga disertai oleh agensi-agensi lain antaranya seperti Jabatan Pertanian, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,  Global Innovation & Entrepreneurship Foundation (GIEF), UNIMAP serta syarikat swasta.