bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah Darul Aman

ALOR SETAR, 22-23 SEPTEMBER 2014 – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Malaysian Nature Society (MNS) telah menganjurkan satu Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah pada 22-23 September 2014 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Seminar selama 2 hari tersebut telah membentangkan hasil kajian-kajian yang telah dijalankan pada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut, Merbok, Kedah pada 18 hingga 23 Ogos 2013 yang lepas.

Objektif seminar ini dijalankan adalah untuk membentangkan dan membincangkan segala penemuan daripada ekspedisi saintifik di Hutan Paya Laut Merbok yang lepas, untuk member serta berkongsi pandangan di antara penyelidik, saintis, kakitangan awam, pihak swasta dan individu berkaitan dalam pengurusan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan serta untuk mendokumentasikan hasil penemuan yang diperolehi daripada Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut, Merbok, Kedah sebagai bahan rujukan. 

Seminar ini melibatkan peserta daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan juga Swasta yang terdiri daripada para saintis, penyelidik dan pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri yang melibatkan seramai 150 orang peserta. Sebanyak 11 kertas kerja dalam pelbagai bidang kajian yang merangkumi bidang pengurusan hutan, kepelbagaian biologi flora dan ekosistem serta persekitaran fizikal telah dibentangkan pada seminar kali ini.

Seminar ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Haji Muhkriz bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman untuk merasmikan seminar yang dijalankan pada Majlis Perasmian pada malam 22 September 2014. YAB Dato’ Seri sempat meluangkan masa untuk melihat sudut pameran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah serta menandatangani buku pelawat Jabatan. Di pameran tersebut YAB Dato’ diterangkan serba sedikit mengenai spesies dan pengurusan Hutan Paya Laut serta aktiviti yang dijalankan disana.