bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Program Kesedaran Alam Sekitar Komuniti Persekitaran Sungai Raja

{gspeech style=1 language=en}

Alor Setar, 20 Februari 2014 - Program Kesedaran Alam Sekitar Komuniti Persekitaran Sungai Raja telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pelajaran, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kesihatan, Lembaga Sumber Air, Pejabat Tanah dan Galian serta pelbagai agensi lain.  Jabatan Perhutanan juga turut menyenaraikan empat (4) orang kakitangan untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada program tersebut adalah acara gotong royong, pemeriksaan kualiti air sungai dan peraduan mewarna yang melibatkan sekolah-sekolah persekitaran Bandaraya Alor Setar. YB Encik Badrul Hisham bin Hashim, Exco Alam Sekitar sudi hadir bagi merasmikan majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengah hari. Terdapat juga pameran dari beberapa agensi Kerajaan dan Swasta.

        

{/gspeech}