bg-slider

bgslider

:

CAPAIAN PANTAS

CAPAIAN PANTAS

Pengumuman/Berita

NOTIS PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN HUTAN LIPUR LATA BAYU

Adalah dimaklumkan bahawa Hutan Lipur Lata Bayu yang telah ditutup sejak 22 Mei 2013 telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman untuk dibuka semula pada 19 Jun 2013 dengan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil seperti:

        i.        Persampelan air telah dijalankan dan disahkan negatif bagi Leptospirosis
        ii.       Kawalan kebersihan dijalankan di kawasan persekitaran hutan lipur
        iii.      Pemasangan papan tanda Amaran Risiko Kesihatan bagi panduan dan peringatan kepada pengunjung sebagai langkah mengelakkan daripada
                 terkena jangkitan Leptospirosis

Sehubungan dengan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah berharap para pengunjung dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah apabila berada di kawasan Hutan Lipur. Segala kerjasama oleh para pengunjung amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Bersama-sama sayangi hutan kita.

hutan lipur3 hutan lipur 3