Senarai Spesies-Spesies Sangat Terancam, Terancam Dan Jarang Ditemui (ERT)
Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) disediakan juga sebagai sebuah panduan umum didalam menyediakan maklumat status terkini spesies dipterokarp terancam di Negeri Kedah mengikut IUCN Red List Categories and Criteria. Maklumat amat berguna di untuk dijadikan rujukan utama bagi golongan pelajar,penyelidik, pengurus hutan, pembuat dasar dan kumpulan bukan pakar dalam meningkatkan pengetahuan mereka mengenai spesies dipterokarp terancam ini. Pengetahuan mengenai spesies terancam ini dapat membantu Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dalam memelihara dan memulihara spesies-spesies terancam ini. Terdapat beberapa spesies dipterokarp terancam dalam 5 kategori IUCN yang telah dikenalpasti di Negeri Kedah iaitu:
1. Critically Endangered (CR) : 0 spesies
2. Endangered (EN) : 1 spesies
1. Keruing Etoi
3. Vulnerable (VU) : 14 spesies
1. Mersawa Kesat
2. Mersawa Durian
3. Mersawa Gajah
4. Keruing Kertas
5. Keruing Senduk
6. Keruing Bukit
7. Keruing Gondol
8. Merawan Kelabu
9. Lintah Bukit
10. Chengal Pasir
11. Balau Tembaga
12. Balau Bukit
13. Meranti Damar Hitam
14. Resak Lidi
4. Near Threatened (NT) : 13 spesies
1. Keruing Belimbing
2. Giam Malut
3. Merawan Siput
4. Merawan Jeruai
5. Chengal
6. Meranti Pipit
7. Damar Katup
8. Meranti Pa’ang
9. Balau Gunung
10. Seraya
11. Damar Siput
12. Membatu
13. Damar Siput Jantan