Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Peraturan di Hutan Lipur

PERATURAN

  • Di larang sama sekali kegiatan pugut (Vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur;

  • Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda;

  • Hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan kawasan hutan lipur;

  • Penggunaan api hendaklah diberi pengawasan supaya tidak berlaku kebakaran atau memusnahkan kawasan hutan lipur; dan

  • Aktiviti-aktiviti mendaki, memancing, menduduki chalet/log-cabin dan berkhemah perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan.  


PERINGATAN

Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang berlaku di atas diri dan hartabenda para pengunjung semasa berada di dalam kawasan hutan lipur. 


DENDA

  • Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan. Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu (merata-rata) merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

  • Mengambil hasil-hasil hutan dari kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu) dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun [Seksyen 15 (2), Akta Perhutanan Negera 1984 (Pindaan 1993).

  • Menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia; Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 81(2)(b), Akta Perhutanan Negara 1994 (Pindaan 1993).

  • Menyalakan, menyimpan, membawa atau membiarkan api menyala dalam kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 82 (2), Akta Perhutanan Nagara 1984 (Pindaan 1993).