Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Pembangunan Hutan

Mengukur Dan Menanda Sempadan Luar Hutan Simpan Kekal

Penyelenggaraan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan oleh pihak jabatan mengikut daerah pentadbiran hutan. Bagi tahun 2020, sepanjang 95 km telah dibuat penyelenggaraan melibatkan Hutan Simpan Genting Iboi, Hutan Simpan Pulau Singa, Hutan Simpan Pulau Timun dan Hutan Simpan Chebar Besar sejauh 95km.

 

Penyelenggaraan  Sempadan Hutan Simpan 

Penyelenggaraan sempadan luar Hutan Simpanan Kekal dilaksanakan oleh pihak jabatan mengikut daerah pentadbiran hutan. Bagi tahun 2020, sepanjang 238.4 km telah dibuat penyelenggaraan melibatkan Hutan Simpan Bukit Kerong, Hutan Ulu Muda Tambahan, Hutan Simpan Bukit Enggang, Hutan Simpan Bukit Sawak, Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Hutan Simpan Relau dan Hutan Simpan Rimba Teloi.

 

Inventori Hutan Sebelum Tebangan 

Bagi perlaksanaan Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) pada tahun 2020 melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal iaitu Hutan Simpan Bukit Perangin, Hutan Simpan Chebar Besar, Hutan Simpan Rimba Teloi, Hutan Simpan Gunung Bongsu dan Hutan Simpan Sungai Badak seluas 1022 Hektar.

 

Inventori Hutan Selepas Tebangan

Sejumlah 11 kawasan telah dilaksanakan Inventori Hutan Selepas Tebangan ( Post F ) dalam tahun 2022 yang meliputi kawasan seluas 1807 hektar. 

 

Memotong Akar / Pepanjat ( CL )

Sehingga tahun 2020, tiada aktiviti Memotong Akar / Pepanjat ( CL ) di lakukan.  

 

Tanaman Mengaya

Aktiviti tanaman mengaya telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada tahun 2020 seluas 20 hektar di H.S. Gunung Raya pada tahun 2020.