Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Program Santai YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman Bersama Warga Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021

 

ALOR SETAR- 21 Mac 2021, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan program santai bersama YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman Bersama Warga Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021 bertempat di Dewan Seri Mentaloon kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Majlis sambutan kali ini dirasmikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sambutan ini juga adalah selari dengan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kempen ini mensasarkan penanaman sebanyak 100 juta pokok bermula tahun 2021 hingga 2025. Program ini memerlukan penglibatan seluruh rakyat Malaysia di mana setiap pokok yang ditanam boleh di muat naik untuk dikira melalui aplikasi Penghijauan Malaysia. Dalam program ini YAB Menteri Besar Kedah telah menanam pokok spesies nadir iaitu Pokok Kundang (Boues macrophylla) atau lebih dikenali sebagai “Pokok Setar” yang ditanam di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Darul Aman. Pokok Setar ini amat signifikan kepada rakyat Negeri Kedah kerana nama Bandaraya Alor Setar adalah berasal daripada Pokok Setar i

 

1 540 x 405    2 540 x 358

 

3 540 x 358    5 540 x 405

6 540 x 358    10 540 x 405

 7 540 x 405    8 540 x 358

  

ALOR SETAR- 21 Mac 2021, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan program santai bersama YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman Bersama Warga Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah Tahun 2021 bertempat di Dewan Seri Mentaloon kediaman rasmi Menteri Besar Kedah. Majlis sambutan kali ini dirasmikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sambutan ini juga adalah selari dengan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kempen ini mensasarkan penanaman sebanyak 100 juta pokok bermula tahun 2021 hingga 2025. Program ini memerlukan penglibatan seluruh rakyat Malaysia di mana setiap pokok yang ditanam boleh di muat naik untuk dikira melalui aplikasi Penghijauan Malaysia. Dalam program ini YAB Menteri Besar Kedah telah menanam pokok spesies nadir iaitu Pokok Kundang (Boues macrophylla) atau lebih dikenali sebagai “Pokok Setar” yang ditanam di pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah Darul Aman. Pokok Setar ini amat signifikan kepada rakyat Negeri Kedah kerana nama Bandaraya Alor Setar adalah berasal daripada Pokok Setar ini.