Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2019

MERBOK, 17 Oktober 2019 – Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 telah diadakan di Jeti Semeling, Merbok. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah turut serta juga Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Majlis tersebut juga di mulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Allah Selamat Sultan, Lagu Malaysia Bersih oleh kumpulan koir daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang dianggotai seramai 24 orang kakitangan Jabatan dan ucapan aluan oleh Yang Berhormat Dr.Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli serta Ucapan Perasmian oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.


Gimik Pelanjaran Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa 2019 diadakan dan Persembahan Multimedia Kejayaan Program Konservasi Hutan Paya Laut Dan Persisir Pantai Negara dan Pelancaran Buku Rancangan Pengurusan Hutan Paya Laut Tahun 2020-2029 Negeri Kedah. Acara berikutnya diserikan dengan sesi penyerahan anak pokok kepada wakil Masyarakat dan sekolah, Penanaman pokok bakau lebih kurang 100 pokok bakau kurap dan bakau minyak ditanam pada program tersebut melibatkan 10 buah sekolah di Daerah Kuala Muda. Program diteruskan dengan lawatan menyusuri Sungai Merbok bersama Menteri KATS dan ketua-ketua Jabatan yang lain.

 

26  27    28

 

29    30        32

 

33     34           37

 

36