Hari Ini

Pilih Tema

Pilih saiz

A- A A+

Pilih Bahasa

Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2019

ISNIN (22 April 2019)

Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2019 telah diadakan sempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah dengan kerjasama PPD Kuala Muda dan PPD Kubang Pasu.

Lokasi tanaman bertempat di Blok 1, Kompt. 10, HS Merbok, Sungai Petani, Kedah. Program disertai seramai 150 orang peserta dikalangan pelajar sekolah dan juga 8 orang guru pengiring.

Antara sekolah yang menyertai program ini ialah SMK Khir Johari seramai 10 orang pelajar, SMAP Gurun 10 seramai orang pelajar, SMK St. Theresa seramai 10 orang pelajar, Maktab Mahmud Kuala Muda seramai 10 orang, SMK Sungai Layar seramai 10 orang, SMK Sultan Abdul Halim seramai 45 orang pelajar, SMK Jitra seramai 45 orang pelajar dan kakitangan pasaraya Central Square seramai 10 orang. Turut serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Tengah seramai 10 orang kakitangan.

Sebanyak 200 pokok dari jenis spesies bakau kurap telah di tanam pada program ini.

WhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.02 PM 1WhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.02 PMWhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.03 PMWhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.03 PM 1WhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.03 PM 2WhatsApp Image 2019 04 22 at 5.46.04 PM