Senarai Spesies ERT Senarai Spesies-Spesies Sangat Terancam, Terancam Dan Jarang Ditemui (ERT) Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) disediakan juga sebagai sebuah panduan umum didalam menyediakan maklumat status terkini spesies dipterokarp terancam di Negeri Kedah mengikut IUCN Red List Categories and Criteria. Maklumat amat berguna di untuk dijadikan rujukan utama bagi golongan pelajar,penyelidik, pengurus hutan, pembuat dasar dan kumpulan bukan pakar dalam meningkatkan pengetahuan mereka mengenai spesies dipterokarp terancam ini. Pengetahuan mengenai spesies terancam ini dapat membantu Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dalam memelihara dan memulihara spesies-spesies terancam ini. Terdapat beberapa spesies dipterokarp terancam dalam 5 kategori IUCN yang telah dikenalpasti di Negeri Kedah iaitu:1. Critically Endangered (CR) : 0 spesies 2. Endangered (EN) : 1 spesies 1. Keruing Etoi 3. Vulnerable (VU) : 14 spesies 1. Mersawa Kesat 2. Mersawa Durian 3. Mersawa Gajah 4. Keruing Kertas 5. Keruing Senduk 6. Keruing Bukit 7. Keruing Gondol 8. Merawan Kelabu 9. Lintah Bukit 10. Chengal Pasir 11. Balau Tembaga 12. Balau Bukit 13. Meranti Damar Hitam 14. Resak Lidi 4. Near Threatened (NT) : 13 spesies 1. Keruing Belimbing 2. Giam Malut 3. Merawan Siput 4. Merawan Jeruai 5. Chengal 6. Meranti Pipit 7. Damar Katup 8. Meranti Pa’ang 9. Balau Gunung 10. Seraya 11. Damar Siput 12. Membatu 13. Damar Siput Jantan